Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu:
-Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum
Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati anatara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun- pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.
-Penyusunan Semula Masyarakat
Dalam Dasar Ekonomi Baru(DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut menggembleng tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen DEB.
No comments:
Post a Comment