Tuesday, 12 July 2016

Majlis Perundingan Negara


Majlis perundingan  Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari  1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil: 



  •  Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN. 
  •  Kerajaan-kerajaan Negeri. 
  •  Parti-parti Politik. 
  •  Sabah dan Sarawak. 
  •  Kumpulan-kumpulan Agama. 
  •  Badan-badan Profesional. 
  •  Perkhidmatan Awam. 
  •  Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan. 
  •  Wartawan. 
  •  Persatuan Guru-guru. 
  •  Kumpulan Minoriti. 

Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.

No comments:

Post a Comment